Friday 9 December 2011

Pendidikan Seni Visual Tahun 1

Origami

Perkataan "ori" membawa maksud "lipatan" manakala "gami" pula berasal daripada perkataan "kami" yang bermaksud "kertas". Jadi, origami membawa maksud seni melipat kertas.Di bawah adalah langkah-langkah membuat origami baju:

Langkah 1
Menyediakan kertas warna A4.

Langkah 2
Bahagikan kertas kepada 4 bahagian yang sama saiz, lipat kertas ke dalam secara menegak seperti yang ditunjukkan dalam gambar.



Langkah 3
Lipat kertas secara menyerong ke luar bagi penghasilan lengan baju.


Langkah 4
Hujung bawah kertas dilipat ke belakang.(2cm)



Langkah 5
Hujung bawah kertas dilipat menyerong ke dalam untuk menghasilkan kolar baju.


Langkah 6
Bahagian bawah kertas dilipat ke atas dan dimasukkan di bawah bahagian kolar baju.



Langkah 7
Hasillah corak pada bahagian hadapan origami baju.


Di bawah adalah video membuat origami bintang:



Origami perahu:

Wednesday 7 December 2011

Pendidikan Seni Visual tahun 1

Anyaman

Seni anyaman merupakan satu seni warisan Kraf tangan Melayu tradisional yang bermula dan berkembang di tanah air kita tanpa pengaruh luar.Seni anyaman juga merupakan satu kraf tangan yang rumit dan memerlukan kesungguhan, kesabaran, kecekalan, dan ketekunan untuk mengerjakannya.Pada zaman dahulu, kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang. Hasil kraf tangan ini dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah kepada sanak saudara dan sahabat handai, tanda kasih atau kenang-kenangan. Anyaman ialah satu proses menjalin atau menjaring-menjaringkan helaian daun pandan, mengkuang, buluh, rotan, lidi atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik berselang-seli helaian antara satu sama lain.
Di bawah adalah langkah-langkah membuat Anyaman Kelarai:

Langkah 1:
Menyediakan media seperti gunting, 2 keping kertas warna yang berlainan, kertas lukisan dan gam.

Langkah 2:
Menyediakan tapak anyaman dengan melipat kertas lukisan kepada separuh dan membuat jalur yang sama saiz dengan menggunakan pembaris dan seterusnya menguntingkan jaluran pada kertas lukisan.








Langkah 3:
Membuat jaluran yang sama saiz pada kertas warna, kemudian menggunting mengikut jaluran.



Langkah 4:
Menganyam anyaman kelarai pada tapak anyaman yang disediakan.


Langkah 5:
Membuat kemasan pada hasil kerja.





Di bawah adalah hasil kerja murid tahun 1:




Wednesday 23 November 2011

Pendidikan Seni Visual Tahun 1

Kolaj
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan.Satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar dan foto  disusun dan ditindih.Ia juga merupakan teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. .Ia adalah satu teknik hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen.Di bawah adalah cara membuat kolaj:
Langkah 1:
Menyediakan media seperti kertas lukisan, kertas warna, gunting dan gam.
Langkah 2:
Pilih satu tema dan lukis di atas kertas lukisan.
Langkah 3:
Gunting kertas warna tersebut mengikut kesesuaian dan keperluan, anda boleh juga menggunting kertas warna menjadi halus-halus.
Langkah 4:
Tampalkan kertas warna pada lukisan seperti di atas  dengan menggunakan gam.




Di bawah adalah hasil kerja murid-murid tahun 1:














Tuesday 15 November 2011

Seni Visual Tahun 1

Capan

Teknik capan ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna dan dicap ke atas sesuatu permukaan.Ia digolongkan di bawah kategori cetakan. Imej yang dihasilkan bergantung kepada jalinan di permukaan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, bendi dan bawang mempunyai jalinan yang berbeza dan akan menghasilkan karya yang berbeza.Berbagai-bagai rupa bentuk boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan. Jalinan pelbagai bahan itu akan memberi kesan jalinan pada hasil capan.


Di bawah adalah langkah-langkah membuat capan:

1) Menyediakan media seperti berus warna, bendi, kertas lukisan, warna
tempera, warna postel atau warna air.


2)Memotong bendi kepada dua belah.


3)Melakarkan gambar yang ingin dibuat dan menyapukan warna pada bendi yang
telah dipotong.


4)Menggunakan bendi yang berwarna mencetakkan gambar yang ingin dibuat.


Di sini mempamerkan hasil kerja murid tahun 1.