Wednesday 23 November 2011

Pendidikan Seni Visual Tahun 1

Kolaj
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas suatu permukaan.Satu hasil kerja seni mengandungi sebahagian imej seperti gambar dan foto  disusun dan ditindih.Ia juga merupakan teknik mencantum potongan gambar menjadi satu komposisi. .Ia adalah satu teknik hasil kepingan seni dibuat dengan menggam berbagai elemen.Di bawah adalah cara membuat kolaj:
Langkah 1:
Menyediakan media seperti kertas lukisan, kertas warna, gunting dan gam.
Langkah 2:
Pilih satu tema dan lukis di atas kertas lukisan.
Langkah 3:
Gunting kertas warna tersebut mengikut kesesuaian dan keperluan, anda boleh juga menggunting kertas warna menjadi halus-halus.
Langkah 4:
Tampalkan kertas warna pada lukisan seperti di atas  dengan menggunakan gam.




Di bawah adalah hasil kerja murid-murid tahun 1:














Tuesday 15 November 2011

Seni Visual Tahun 1

Capan

Teknik capan ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna dan dicap ke atas sesuatu permukaan.Ia digolongkan di bawah kategori cetakan. Imej yang dihasilkan bergantung kepada jalinan di permukaan semula jadi atau bahan alam tersebut. Contohnya, bendi dan bawang mempunyai jalinan yang berbeza dan akan menghasilkan karya yang berbeza.Berbagai-bagai rupa bentuk boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan. Jalinan pelbagai bahan itu akan memberi kesan jalinan pada hasil capan.


Di bawah adalah langkah-langkah membuat capan:

1) Menyediakan media seperti berus warna, bendi, kertas lukisan, warna
tempera, warna postel atau warna air.


2)Memotong bendi kepada dua belah.


3)Melakarkan gambar yang ingin dibuat dan menyapukan warna pada bendi yang
telah dipotong.


4)Menggunakan bendi yang berwarna mencetakkan gambar yang ingin dibuat.


Di sini mempamerkan hasil kerja murid tahun 1.